2008-06-03

USAHAWAN MELAYU PERLU TANAM NILAI PATRIOTISME

JOHOR BAHRU 1 JUN - Golongan usahawan bumiputera disaran menanam nilai patriotisme yang tinggi bagi membolehkan agenda memperkasakan ekonomi bangsa dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, bagi membolehkan penguasaan ekonomi Melayu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, para usahawan bumiputera perlu bersatu padu dan saling membantu.

"Dalam memperkasakan ekonomi bangsa, kita sebenarnya tiada pilihan lain selain meningkatkan permuafakatan dan perpaduan yang kukuh untuk mendapatkan kekuatan dalam bidang ekonomi. Berhubung konteks ini, Gabem akan berusaha memperluaskan jaringan permuafakatan yang melibatkan setiap peringkat daripada pihak kerajaan sehingga para usahawan," katanya ketika berucap merasmikan program Memperkasa Ekonomi Bangsa anjuran Gabem di sini kelmarin.

Menurut Rahim, Gabem juga berperanan memberi galakan kepada para usahawan meningkatkan nilai tambah dalam perniagaan masing-masing bagi meningkatkan jaringan kerjasama tersebut.

Katanya, Gabem kini memperluaskan kerjasama dengan pelbagai agensi latihan termasuk Biro Tata Negara, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Bank Negara Malaysia serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

"Tujuannya tidak lain hanyalah semata-mata memastikan setiap kelompok strategik dalam masyarakat ekonomi Melayu akan diberi peluang memperkasakan ekonomi bangsa,"katanya.

Menurutnya, paradigma usahawan bumiputera juga perlu digerakkan ke arah kepimpinan yang dinamik serta pengurusan yang cekap.

Katanya, usaha juga perlu ditingkatkan untuk mencegah dan membanteras ketirisan atau sebarang gejala negatif seperti rasuah dan pecah amanah.

2 ulasan:

Fadzil Ismail berkata...

Salam,
Saya terpanggil untuk memberi komen ucapan Tan Sri yang saya kira tak bawak kemana.Di sini saya luahkan apa yang saya alami sendiri

Syarikat : BUMI CERAH ENT.
Pemilik : Bumiputra
Bidang : Aluminium dan Kaca
Skop kerja : Memasang pintu/tingkap aluminium/cermin di bangunan, rumah
dan sebagainya, memasang partition, siling gantung, gril
aluminium, kabinet arklik dan fibre, membuat kabinet cermin,
softboard cermin.

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Di sini kami ingin meluahkan rasa kesukaran syarikat kami untuk berkembang maju.Bidang aluminium ini telah dipelopori oleh bangsa Cina sehingga orang Cina juga hairan kerana ada Melayu yang berani menceburi bidang ini dan seterusnya pada permulaan mereka meramalkan syarikat kami akan maju mengalahkan mereka memandangkan banyak kerja yang boleh kami perolehi dari kontraktor melayu yang ada terutamanya dari kelas A.
Malangnya setelah lebih lima tahun syarikat beroperasi, tiada satu pun kerja yang diperolehi dari kontraktor kelas A, yang membina bangunan seperti sekolah ,masjid, perumahan dan sebagainya.
Untuk makluman, kami mendapat ilmu ini bukan dari Institusi kerajaan seperti Mara, Pusat Latihan Belia dan sebagainya tetapi kami dapat dari pengalaman bekerja di kedai Cina yang kami curi-curi belajar sebab mereka tidak akan sengaja mengajar dalam semua skop kerja seperti di atas.Setelah mengumpul ilmu dan pengalaman selama lima tahun lalu kami bertekad membuka kedai sendiri sebagai memenuhi fardu kifayah memandangkan tiada satu pun kedai Melayu di daerah kami berbanding hamper 20 kedai bangsa Cina.
Kami sebenarnya tersepit dengan saingan kedai bangsa Cina dan yang memeritkan diskriminasi harga dari pembekal bahan mentah yang semuanya dari kalangan mereka. Sepanjang kami beroperasi pernah 2 orang rakan Melayu membuka kedai yang sama tapi kedua-duanya telah tutup kerana berbagai factor yang akan saya senaraikan. Aliran yang sama juga sedang melanda syarikat kami
Modal bukan menjadi masalah, walaupun MARA lambat, bank banyak kerenah tapi masih boleh diperolehi.Masalah utama yang dapat saya kenalpasti ialah ;

1, Kurang sokongan dari kontraktor Melayu
2. Pembnyaran yang lambat / hutang
3. Saingan dari syarikat Cina
4. Status sebagai sub kepada kontarktor.

Kurang sokongan dari kontraktor Melayu.
Lebih 300 kontraktor Kelas F di Daerah Segamat, tapi yang kerap berurusan dengan kami tidak lebih dari 5 orang, kelas lain langsung tiada. Kontraktor Cina pastinya tidak mudah berurusan dengan kami tetapi sebaliknya kontraktor Melayu lebih gemar mengagihkan kepada pesaing kami.Perkara ini berlaku ada di antara sebabnya ialah kontraktor Melayui telah ” dipegang ” oleh pesaing kami dengan berbagai cara seperti telah dibuatkan pejabat secara percuma, bayaran boleh ditangguh, malah dipinjamkan wang untuk memulakan projek.
Persidangan UMNO berkobar-kobar berucap hendak tolong Melayu tetapi semua pemimpin UMNO, AJK UMNO yang juga kontraktor, mengagihkan kerja-kerja dalam bidang ini kepada bangsa Cina, sedangkan kami telah mengedarkan kad niaga malah berkunjung kerumah dan berjumpa terus sesetengah dari mereka. Ubahsuai Pejabat UMNO Segamat, Labis,ubahsuai Pejabat MARA Segamat juga tidak dapat kepada kami.Malah ubahsuai Masjid Jamek Segamat tidak kami perolehi kerana alasan ’main-cond ’ ” saya telah berurusan 9 tahun dengan Cina ni ”.
Satu perkara yang jelas, kami tidak nampak kami dapat menjamah hasil dari Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor, jika beginilah lagunya.

2. Pembnyaran yang lambat/ ( hutang)
Orang Melayu memang suka berhutang sama ada tuan rumah mahupun kontraktor, persetujuan harga projek dicapai dari awal dengan cara 2 / 3 kali bayar sehingga projek siap namun, kebanyakannya lambat membayar dan ada yang pula minta dikurangkan lagi bagi bayaran akhir, tambah menyakitkan, ada yang terus degil tidak mahu bayar. Sehingga kini jumlah wang yang masih ditangan orang ialah lebih RM 40 000.00. Bagi kami ia adalah jumlah yang besar kerana ia menjejaskan pusingan modal. Perlu diingat semua pembekal bahan mentah aluminium dari kilang mensyaratkan kami membayar tunai berbanding pesaing kami yang dibolehkan membuat kredit.

3.Saingan dari Syarikat Bangsa Cina
Mereka mempunyai modal yang besar dan pasaran yang luas, sudahlah projek di kalangan kontraktor Cina dikaut oleh mereka ditambah lagi dengan projek dari orang Melayu pula. Tentang harga kami tidak menghadapi masalah yang besar untuk bersaing dengan mereka.

4. Status sebagai sub kepada kontarktor
Masalah ini menyebabkan kami terpaksa mengharapkan kerja atau projek dari ’main-cond’.Oleh itu kami mudah ditipu dan dipermainkan.Apabila diminta membuat perjanjian bersama mereka menolak kerana alasannya mereka tidak perlu surat perjanjian dengan pesaing kami.
Kami tidak boleh memasuki tender kerana tiada lesen kontraktor dan lesen tidak dikeluarkan atas kerja-kerja aluminium dan cermin .

Syarikat kami pernah membuat pinjaman wang dari CGC dan telahpun lunas dibayar.Kini kami mendapat pinjaman RM 50 ribu dari MARA dan telah tertunggak bayarannya kerana wang tersebut kami terpaksa gunakan untuk membayar hutang kepada pembekal dan ianya tidak cukup untuk dibuat modal pusingan walhal pinjaman yang dipohon ialah RM100 ribu.
Apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah perlunya pihak tertentu membela orang Melayu yang menceburi bidang ini. Kami boleh dikatakan sebagai perintis dan telah ramai juga kalangan belia yang pernah bekerja dengan kami telah mendapat ilmu serta pengalaman seterusnya mendapat kerja dengan pesaing kami dengan gaji yang lebih tinggi. Sesungguhnya kami tidak lokek dengan ilmu dan menjadi hasrat kami biarlah lebih banyak lagi kedai Melayu dibuka tetapi mereka tidak berani kerana melihat kami yang tidak stabil.

Untuk mengatasi kekurangan kerja yang dihadapi oleh usahawan seperti kami, ingin kami mencadangkan agar kontraktor yang mendapat projek kerajaan disyaratkan meberi kerja sub seperti aluminium dan cermin, mozek, lektrik dan air-con, gril besi dan sebagainya diberi kepada usahawan Melayu dan bayarannya mestilah diuruskan oleh suatu pihak atau secara terus melalui bank agar tidak berlaku penipuan. Jika ini dapat dilaksanakan kami pasti lebih banyak kedai Melayu akan dibuka dan yang telah ada akan terus bertambah maju.

Sekian

Yang ikhlas
Rosli / Fadzil
Pengurus Bumi Cerah Ent

Gabem berkata...

Kepada Encik Rosli / Fadzil (Pengurus Bumi Cerah Ent.)

1. Minta no.telefon pejabat, faks
dan alamat pejabat

2. Fakskan kembali borang AMEM
(yang telah diisi)yang boleh
dimuat-turun dari laman web
GABEM(www.gabem.org.my)ke 03-
21610606

3. GABEM akan hubungi pihak Encik
dalam masa terdekat


ARKIB BLOG GABEM