2008-05-22

GABEM DI GESA TUBUHKAN YAYASAN PELAJARAN

PUTRAJAYA - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) digesa menubuhkan Yayasan Pelajaran bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan pelajar Melayu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Gabem boleh memainkan peranan secara beriringan dengan usaha yang dilakukan kerajaan menerusi penawaran biasiswa kepada pelajar Melayu cemerlang.

"Mungkin di peringkat permulaan jumlah biasiswa sedikit dahulu,misalnya 10 orang dalam bioteknologi dan 10 orang dalam kejuruteraan. Selepas itu ia boleh dikembangkan. Jika ini dilakukan, insya-Allah boleh membantu kerajaan merealisasikan agenda Melayu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gabem disini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Rafidah berkata, biasiswa Gabem itu akan menjadi petunjuk kepada kekuatan dan kejayaan badan itu dalam menyemarak keupayaan bangsa.

Tiada ulasan:


ARKIB BLOG GABEM